Saturday, February 19, 2011

Jawapan sebenarnya....Hati berbicara..

Assalamualaikum My Diary...

Ku ingin berbicara padamu Diari..telah ku luahkan pada yang Esa apa hasrat di hatiku ini...dan akhirnya doa ku dimakbulkan olehNya...Aku telah mendapat jawapan untuk selama ini....berbulan lamanya...

Sememangnya mudah bila kita melafazkan kata-kata...namun jika kata-kata itu bukan dari hati yang ikhlas dan jujur, kita pasti tidak dapat menipu..Mudah bukan? untuk berbicara..

Akan tetapi, bagaimana jika kita harus menipu demi kebaikan bersama? Bagi pendapatku, pro and kontra...yang baikya, kita boleh mengekalkan hubungan baik antara dua pihak tetapi sekiranya orang yang di tipu itu mendapat tahu,maka padahlah jawabnya...Tetapi, sekiranya yang ditipu itu memiliki hati yang suci bersih, mungkin dia akan memaafkan sahaja dan biar lah urusan selanjutnya pada Tuhan yang kuasa...

Maka, aku teringin menjadi salah seorang yang memiliki hati yang bersih itu...Walaupun hati terhiris dan luka berulangkali...akan kumaafkan...aku ingin berubah dan tidak mahu lagi seperti dahulu, memberontak dan meracau bagai orang yang tiada iman...Nasihat dari orang yang rapat denganku...dan membaca buku-buku agama banyak memberi aku kekuatan bila menghadapinya...Kini, bila ku belajar mengawal perasaan amarahku, aku coba tidak mengalirkan air mata ku lagi...biarlah bergenang sahaja dikolam mataku ini...

Tidak ku sangka rupanya manisnya rasa bila kita bersabar dan berjaya mengawal perasaan amarah...rasa bagai ada sesuatu di dalam hati ini...tak dapat ku gambarkan...

Diari,
Sesungguhnya hati seorang insan bergelar isteri sememangnya separuh dari jiwa suaminya...bila saat disatukan maka bagiku, saat itulah jiwa dan hatimu separuh dari suami...kerna itu aku percaya, gerak hati seorang isteri selalunya benar jika isteri sentiasa mendoakan untuk suami dan keluarga....dan hari ini aku bertemu jawapan yang ku cari...

Diari,
Seseorang yang bergelar wanita, isteri tidak lari dari ungkapan inginkan pasangan yang jujur,setia dan bertanggungjawab..dan paling mustahak adalah yang beriman...itulah trademarknya..
Namun sejauh mana? Setiap pasangan akan inginkan kebahagiaan..lelaki mahupun perempuan...namun jika salah seorang telah memulakan drama,maka seterusnya bedepanlah pelbagai masalah...

Mungkin ada dikalangan kita yang angannya sampai ke langiit..Tapi rasanya mostly...Inginkan bahagia tanpa derita...Tetapi setelah di alam baru ini, baru ku mengerti...kita tidak akan sentiasa bahagia...pasti ada onak duri dan cabaran yang akan cuba di uji oleh yang Maha Kuasa...seperti ada kata pepatah, Langit tak selalunya cerah... Dan ku coba mencari apakah ini dugaan berat...dan ku mendapat jawapan...Kita bertanya " pada diri, mengapa ujian seberat ini?kenapa perlu aku?
Dan di dalam Quran ada jawapan nya...
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
-Surah Al-Baqarah ayat 286...

Diari,
Biarlah aku mengundur diri...bila tiba masanya aku akan berbicara padamu lagi...


Love,
Dian...

No comments:

Post a Comment